MELAKA DALAM SEJARAH

, , No Comments
  • RUNTUHAN GEREJA ST. PAUL
cicajoli
BUKIT ST PAUL
Runtuhan Gereja Katolik yang tertua ini pada asalnya hanyalah sebuah chapel yang dibina pada tahun 1521 oleh seorang Kapten Portugis, Duarto Coelho, sebagai tanda syukur karena terselamat dari serangan musuh semasa berada di Laut China Selatan. Chapel ini diserahkan kepada Mary dan diberi nama “Nosa Senhora – Our Lady On The Hill”. Paderi Francis Xavier menginap di gereja ini setiap kali beliau melawat Melaka diantara tahun 1545 hingga 1553. Apabila meninggal dunia di Pulau Sancian, jasad beliau disemadikan di dalam gereja ini selama sembilan bulan dan kemudian dipindahkan ke Goa, India. Pada tahun 1548, chapel ini telah diserahkan kepada “Society of Jesus” dan pada tahun 1556 diperbesarkan menjadi dua tingkat, dikenali sebagai gereja “Annunciation”. Pada tahun 1590, sebuah menara dibina di bahagian belakangnnya untuk meninjau musuh. Apabila Belanda menakluki Melaka pada tahun 1641, mereka telah menukar peraturan ibadat daripada segi kefahaman Katolik kepada Protestan dan gereja ini ditukar namanya kepada gereja St. Paul seterusnya bukit St. Paul. Gereja ini tidak digunakan lagi apabila Belanda membina Gereja Christ pada tahun 1753.
cicajoli
Runtuhan Gereja
Menara gereja yang dibina oleh Portugis telah dimusnahkan pada tahun 1745 tetapi temboknya diperkuat dan dijadikan sebagai kubu pertahanan. Sebuah bangunan baru lengkap dengan menara dibina dihadapan gereja ini dan dijadikan sebagai sebuah rumah api tetapi dipisahkan pada tahun 1934. Gereja ini juga menjadi tanah perkuburan beberapa orang Portugis dan pembesar- pembesar Belanda. Batu-batu peringatan yang tersandar di dinding ini diambil dari lantainya.

Semasa pemerintahan British, gereja ini dijadikan sebagai gudang menyimpan peluru untuk menyerang Jawa dari tahun 1810-1811. British juga pernah mendirikan tiang bendera yang tinggi dan menukar nama bukit ini kepada Bukit Bendera. Namun demikian, nama tersebut tidak kekal dan tiang benderanya diturunkan semula. Semenjak itu, bangunan gereja ini terbiar musnah. Gereja ini telah dipulihkan semula dalam bentuk sedia ada dan kini menjadi tumpuan pelancong yang utama di negeri Melaka. 
  • KOTA MELAKA ( THE MALACCA PORT )

cicajoli
Kota Melaka yang menjadi mercu tanda keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dibina pada abad ke-15, menempatkan kompleks pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, istana, masjid, menara tinjau, rumah pembesar dan bangsawan dan dikawal rapi oleh tentara bersenjata. Batu merah atau laterit digunakan sebagai bahan utama bahan binaan- bahan yang banyak terdapat dikawasan berhampiran bandar pelabuhan Melaka, seperti Pulau Upeh, Pulau Melaka, Tanjung Kling, Sebatu dan Bukit Piatu.

Kompleks ini mengalami perubahan mengikuti sejarah pemerintahan kuasa asing di Melaka. Pada 1511, Portugis menakluki Melaka, dan telah merobohkan kota Melaka sebelum membinanya semula pada 1512, diberi nama Fortaleza de Malaca mengikuti bentuk kota Portugis yang telah dibina di kebanyakan penempatan utamanya di Asia dan Afrika. Kota Melaka yang dibina oleh Portugis siap sepenuhnya pada 1588 berkeluasan 1.4 km dan menempatkan pusat pemerintahan Portugis yaitu bangunan pemerintah, rumah gubernur, hospital, kuarters kakitangan, gereja dan juga kuarters tentara. Kota ini dilengkapi dengan delapan buah kubu pertahanan.

Selepas Belanda menawan Melaka pada 1641, delapan buah kubu pertahanan tersebut telah ditukar nama kepada nama Belanda. Pada tahun 1660 dan 1678 tembok kompleks kota Melaka telah diperkokoh oleh Belanda dengan membina sebuah kubu baru yang diberi nama Middleburg dan menjadikan kubu kota Melaka kepada sembilan buah keseluruhannya.

Kota Melaka mengalami masa kemusnahannya apabila Melaka diperintah oleh British dari 1795 hingga 1818. Oleh sebab Melaka memiliki kuasa tarikan dan ikatan jaringan perdagangan yang kuat, yang jauh lebih mantap daripada Pulau Pinang. Maka Inggris meruntuh dan memusnahkan kota Melaka pada 1807 supaya semua penduduk dan pedagang di Melaka berpindah ke Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, harapan Inggris itu tidak berjaya, namu kota tersebut runtuh bersama-sama sejarah keagungannya dan yang tinggal hanyalah pintu Kota Porta de Santiago.
cicajoli

cicajoli

  • PINTU GERBANG SANTIAGO
Internet
Porta dalam bahasa Portugis bermaksud Pintu Gerbang. Pintu Gerbang Santiago merupakan salah satu dari empat pintu masuk ke kota A Famosa. Tentara portugis dibawah pimpinan Alfonso de Albuquerque yang menakluki Melaka pada tahun 1511 telah membinan kota ini pada tahun 1512 karena sering diserang oleh pengikut-pengikut Sultan Mahmud dan kemudiannya oleh pihak Acheh dan Johor selama lebih seabad.

Pemerintaha Portugis menggunakan buruh paksa membina kota selebar 3 m mengelilingi bukit setinggi 40 m turut didirikan di penjuru tembok barat Kota Pertahanan Melaka.

Apabila belanda mengambil alih pemerintahan Portugis di Melaka pada  tahun 1641, mereka telah membaiki dan menambah besar kota pertahanan yang dibina oleh Portugis dan meletakkan lambang “VOC” (Verenigde Oostindische Compagnie) beserta tahun siap dibaiki pada tahun 1670.

Pada tahun 1795, British telah merancang untuk memusnahkannya karena kuatir akan digunakan semula apabila melaka diserahkan kepada Belanda. Pada tahun 1807, wilayah Farquhar, Residen British di Melaka telah meletupkan kota ini dengan menanam ubat bedil, walaubagaimanapun, Sir Stamford Raffles dan Lord Minto menghalang kota tersebut dari dimusnahkan. Malangnya hanya Pintu Gerbang Santiago saja yang dapat dikekalkan hingga kini.

Sumber : Papan sejarah yang berada didekat objek.

©Pekanbaru, 13 Maret 2016 @Cicajoli 

0 komentar:

Post a Comment

Hellow.. Jejak anda yang akan mengubah pikiran saya akan postingan ini, silahkan berkomentar dengan sopan.